Ad Code

(Terkini) - Tarikh Pengkreditan Sebenar Bantuan Khas Covid-19 (BKC) Diumum Petang Tadi

 


Bantuan Khas COVID-19 (BKC) adalah bantuan tunai langsung bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat akibat pandemik COVID-19 sehingga akhir tahun 2021


Bantuan ini yang dikenali sebagai  BKC telah di umumkan oleh  mantan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kemudian diteruskan oleh Dato Sri Ismail Sabri.  


Selepas perlantikan kabinet dan angkat sumpah. Pada hari ini, menteri kewangan iaitu Tengku Dato Sri Utama Zafrul telah mengumumkan  bantuan BKC akan diteruskan dan rakyat akan menerima bantuan tersebut secara berperingkat seperti yang dijadualkan. 


Bantuan BKC akan diberikan pada 6 September khusus untuk golongan miskin tegar dan B40 yang merupakan isi rumah, warga emas dan bujang.


Manakala golongan M40 akan mendapat bantuan pada 9 September juga terdiri daripada isi rumah, warga emas dan bujang.


Jumlah pembayaran pula boleh dilihat berdasarkan jadual dibawah. 


Diharapkan rakyat menggunakan wang bantuan tersebut dengan sebaiknya. 


Video ucapan Menteri Kewangan dan bantuan BKC boleh dilihat pada link berikut: Ucapan Tengku Datuk Seri Utama Zafrul

Post a Comment

0 Comments