Ad Code

Responsive Advertisement

Rujukan: Langkah betul buat permohonan i-citra, mohon sekarang!

 



Pada awal jun lalu, kerajaan di bawah pimpinan Tan Sri Muhyidin Yasin mengumumkan beberapa bentuk inisiatif atau kebaikan buat rakyat. 


Antara bentuk bantuan tambahan covid-19 yang menjadi perhatian adalah pengeluaran i-citra dimana rakyat yang mempunyai baki sekurang-kurangnya atas daripada rm100 boleh memohon untuk mendapatkan sejumlah wang dikehendaki.


Pada hari ini Isnin 12 Julai 2021, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah membuka permohonan melalui sistem online dimana pemohon boleh mula membuat permohonan sekarang. 


Berikut di bawah cara-cara untuk membuat permohonan mengikut step by step: 


1) Layari icitra.kwsp.gov.my dan pilih permohonan


2) Isikan No MyKad/MyPR dan nombor telefon bimbit.


3) Tekan TERUSKAN dan sahkan identiti anda melalui pengesahan Nombor OTP atau Soalan keselamatan.


4) Tentukan AMAUN PILIHAN PENGELUARAN. Rujuk pada A dan B di sebelah kanan.


A) Skrin akan memaparkan jumlah maksimum AMAUN PILIHAN PENGELUARAN 


B) Tetapkan AMAUN PILIHAN anda dengan menggerakkan petunjuk


5) Tekan teruskan


6) Lengkapkan Maklumat Pemohon, Maklumat Pembayaran dan kaji selidik. Tekan TERUSKAN.


7) Semak semua maklumat dan tandakan ✅ sebelum tekan HANTAR. Selesai. 


8) Tarikh akhir permohonan 30 September 2021.


Untuk makluman lanjut para pemohon boleh juga membuat panggilan Hotline I-Citra 03-89224848 atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP 03-89226000 atau melayari media sosial Facebook,Tweeter,Youtube,

Instagram KWSPMalaysia atau terus ke website www.kwsp.gov.my


Sumber: KWSP Malaysia

Post a Comment

0 Comments