Ad Code

Responsive Advertisement

(Terkini) - Kementerian memerlukan 18,702 bakal guru secara one-off bermula julai ini

 


Melalui sidang media sebentar tadi, Menteri Kanan Pendidikan Dr Radzi Jidin telah memaklumkan mengenai strategi pengambilan khas guru seramai 18,702 secara one-off bermula julai ini bagi mengatasi kekurangan guru selama ini.


Inisiatif itu dibentangkan bagi mengatasi masalah kekurangan guru di negara oleh kerana kekangan bekalan calon guru IPG dan ketidakpadanan opsyen mata pelajaran calon.


Strategik pengambilan khas guru ini akan menggabungkan kolaborasi antara Kementerian Pendidikan Malaysia bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) yang mengetengahkan dua pendekatan baharu.


Buat masa ini negeri yang tertinggi mengalami masalah kekurangan guru adalah Johor, Selangor, Sabah dan Sarawak.


Dan kekurangan guru mengikut mata pelajaran adalah: 


Iklan bagi pengambilan khas guru ini akan bermula pada 7 Julai 2021 manakala penempatan secara beperingkat mulai oktober 2021.

Post a Comment

0 Comments