Ad Code

Tarikh nak tamat! Cepat tebus jaringan prihatin. Telefon pintar dan rebat percuma!

 


Kerajaan telah melaksanakan  Program Jaringan Prihatin khusus untuk golongan B40 yang terjejas akibat pandemik covid. Ramai ibu bapa berasa bimbang kerana pelaksanaan pembelajaran dari rumah ketika ini. Sesetengah ibu bapa tidak berkemampuan menyediakan telefon pintar kepada anak-anak yang belajar daripada rumah. 


Oleh itu, Golongan B40 boleh menebus telefon pintar secara percuma sebanyak RM300 atau rebat percuma selama satu tahun. 


Syarat permohonan:


-Golongan B40 berpendapatan RM2500 ke bawah dan mempunyai tanggungan layak mendapatkan telefon pintar percuma bernilai RM300.


-Golongan B40 berpendapatan RM2500 kebawah dan tiada tanggungan layak mendapat rebat RM180 selama setahun. 


-Golongan B40  bujang berpendapatan RM2500 kebawah layak mendapat rebat RM180 selama setahun. 


Ada 2 cara untuk mendapatkannya: 


*Pertama

Boleh pergi ke kedai yang menawarkan Program Jaringan Prihatin. Kebiasaannya mana-mana kedai telekomunikasi telah mendaftar untuk program ini. Jadi sangat mudah untuk menebus tawaran ini . Jangan lupa membawa kad pengenalan untuk diperiksa adakah anda layak ataupun tidak.



*Kedua

Mendaftar program ini di atas talian. Anda boleh mendaftar program ini dan memeriksa kelayakan di atas talian. Syarikat telekomunikasi juga turut menawarkan pelbagai model telefon pintar yang ingin dipilih oleh pelanggan. Dibawah telah disenaraikan  laman web syarikat telekomunikasi yang  berdaftar dalam program ini. 


Digi

Klik link DIGI 


Maxis 

Klik link Maxis


Celcom

Klik link Celcom


Umobile

Klik link Umobile


Yes

Klik link Yes 



Contohnya Digi menawarkan Samsung Galaxy A02s melalui penebusan rebat telefon pintar percuma RM300. 




Tarikh tutup permohonan sehingga hujung tahun ini. Cepat dapatkan.


P/S: Jenis telefon pintar berdasarkan stok yang masih ada. Selain itu, syarikat telekomunikasi juga akan mengenakan cas untuk jenis telefon bimbit dan pelan yang diinginkan. Diharapkan pelanggan berhati-hati dan memahami syarat yang telah ditetapkan oleh syarikat telekomunikasi sebelum membuat penebusan.

Post a Comment

0 Comments