Ad Code

Responsive Advertisement

SPA: Jawatan Kosong Terkini Suruhanjaya Perkhidmatan Awam 2020


 Penguasa Penjara Gred KA41

Kumpulan: Pengurusan dan Profesional

Kem/Jab: Jabatan Penjara Malaysia

Jadual Gaji: Gaji Minimum RM2094.00, Gaji Maksimum RM9064.00

Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM225.00


SYARAT LANTIKAN :

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:  

(a) warganegara Malaysia;  

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan  

(c)

 (i) ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred KA41:RM2,094.00);atau  

     

(ii) ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred KA41: RM2,300.73).  

  dan  

(d)

-mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pacaindera seperti yang berikut:

-tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;

-berat badan sekurang-kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;

-mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;

-mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);

-lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;

-pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan

-diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.

Tarikh Tutup Permohonan: 8 November 2020 (Ahad)

IKLAN JAWATAN

MOHON DISINI


Pegawai Sains Gred C41

Kumpulan: Pengurusan dan Profesional

Kem/Jab: Pelbagai Kementerian/Jabatan

Jadual Gaji: Gaji Minimum RM2317.00, Gaji Maksimum RM9620.00

Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM225.00


SYARAT LANTIKAN:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:  

(a) warganegara Malaysia;  

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan  

(c) ijazah sarjana muda sains kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji Permulaan pada Gred C41 : RM2,317.00)  

 

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan  

     

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN  

3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Sains, Juruteknologi Makmal Perubatan, Penolong Pegawai Perubatan, Juruterapi Pergigian dan Juruteknologi Pergigian adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Sains Gred C41 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:  

(a) mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); dan  

(b) had umur pelantikan:  

 

-berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau

-berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau

-berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Tarikh Tutup Permohonan: 4 November 2020 (Rabu)

IKLAN JAWATAN

MOHON DISINI


Jurutera Gred J41

Kumpulan: Pengurusan dan Profesional

Kem/Jab: Pelbagai Kementerian/Jabatan

Jadual Gaji: Gaji Minimum RM2529.00, Gaji Maksimum RM9643.00

Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM225.00


SYARAT LANTIKAN :
1.Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut: 
(a)warganegara Malaysia; 
(b)berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan 
(c)Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji Permulaan pada Gred J41 : RM2,529.00).

 
 
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
   
2.Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan 
   
SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN
3.Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Jurutera adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Jurutera Gred J41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan: 
(a)  
(i)mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); dan 
(ii)lulus Peperiksaan Badan Ikhtisas Bahagian I dan II anjuran Lembaga Arkitek Malaysia/Persatuan Arkitek Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan 
(b)had umur pelantikan: 
 
  1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
Tarikh Tutup Permohonan: 3 November 2020 (Selasa)


Post a Comment

0 Comments